soalan yang ditujukan akan menjadi topik entri akan datang. :)

Followers

 yang hidup

Thursday, November 18, 2010

kahwin muda bagus ke?

salam satu malaysia.
eh eh da macam pembaca berita pulak.
kah kah kah.

nampaknya penyakit M menghalang dari menyempurnakan
tugasan menjawab soalan soalan cepu emas dari peminat peminat
keh keh keh.

hari ni topik yang paling  best nak jawab.
persoalan tentang perkahwinan.
kahwin muda lagi bagus ke @ kahwin di usia tua lagi bagus?



hadirin sekalian (eceh da macam pakar motivasi, xpe pura pura kejap)
jika kita renung kan dengan baik dan berpikiran positif
adalah lebih baik berkahwin pada usia yang lebih muda
di dalam umur 19-25 tahun.
ketika itu kita akan cepat melahirkan anak dan perancangan keluarga lebih tersusun.
kita juga boleh mengelakkan pasangan muda melakukan maksiat
dengan mengaturkan perkahwinan mereka lebih awal.

bayangkan umur kita nanti selepas mempunyai anak?
jika kita mempunyai anak yang berumur 2 tahun pada umur kita dalam 30an dan 40an
bukankah itu menjadi masalah apabila kita sudah mengijak usia 50an dan 60an?
kita sebagai ibu bapa mesti memikirkan pembayaran yuran sekolah anak, pembelanjaan rumah lagi.
bukan kah itu terlalu rumit ketika kita berumur 50an 60an yang masih mempunyai anak yang bersekolah?

bila tua nanti senang la kita kerana bebanan anak kita berkurang bila mereka sudah bekerja dan mempunyai pekerjaan. dapat la mereka membantu kita yang tua ni.
betul tidak?

kesimpulannya,
kahwin muda sangat bagus.
saya nak kahwin muda.
tapi orangya tak nak datang datang meminang
kah kah kah. :P

Tuesday, September 7, 2010

second entry-kenali mereka


pesakit kedua sudah mai. dan soalan unknown yang kedua adalah macam mana nak kenal si dia betul betul.

pesakit ni cakap macam mana nak kenal hati si mereka yang jatuh cinta dengan kita walaupun
mereka ungkapkan melalui surat mahupun message atau pelbagai cara mereka luahkan.
entah ia atau tidak meh lerh sama2 baca pandangan cik tomyam dengan teliti:

anda seharusnya


1) first impression: bad or good?


cinta dalam surat atau message tak dapat menjaminkan apa apa melainkan anda bertemu dengannya.
lebih baik elakkan diri dari menggunakan surat dan message.
cara yang paling baik adalah,berjumpa.
bila pertama kali kita melihatnya dan pertama kali berjumpa dengannya jangan beri tanggapan yang buruk dan jangan pula beri tanggapan yang baik.
pada saat itu kita kena maintain dengan tanggapan yang biasa biasa.
jika dia seorang yang pemalu pada awalnya, maksudnya dia malu tapi mahu
(hahaha.da macam lagu pulak).
tetapi jika dia tiba tiba peramah dan bercerita tak tentu hala dan ingin berpelukan dan berpegangan tangan.
toksah la melekat dek oiii.sah sah buruk perangai kan?macam nak mainkan kita je.


2) tengok attitude mereka


kalau dah dia malu malu, maksudnya dia ingin anda yang memulakan perbicaraan dulu.
dia sukakan anda tapi dia malu untuk mulakan dahulu jika anda tak beri respon dalam perjumpaan itu.
kalau anda asyik berhubung melalui handphone atau surat apa kata anda cuba ber ym, webcam ataupun jumpa sesama sendiri.
yang penting anda harus la mengatakan hasrat nak berjumpa dengannya.
jika dia mahu, maksudnya dia memang ingin anda yang mengajaknya dulu.
tetapi jika anda mengajak dia keluar tapi dia terlalu kerap memberi alasan, maksudnya
anda mendapat respon yang negatif dan dia ingin kenal anda sebagai teman biasa atau teman alam maya.
tak semestinya lelaki yang mulakan dulu. perempuan pun boleh juga.
jika mereka bersikap acuh tak acuh, elakkan diri anda dengan si dia.


3) bertanya pada teman teman mereka

setiap kali masalah mesti ada kait mengait pasal kawan. betul kan?
kawan rapat adalah tempat mereka akan luahkan perasaan especially pasal boyfriend and girlfriend.
mereka akan luahkan pada kawan untuk simpan rahsia.
itupun kalau kawan baiknya itu sememangnya seorang yang baik.

anda harus tanya pada kawannya adakah betul ataupun tidak dia serius dalam perhubungan ini ataupun
tidak.
jika tidak, awas!
jika benar, mulakan langkah untuk mengenalinya.


4)teliti pada sekeliling kita

orang sekeliling akan menghakimi diri kita.
yang mana buruk atau yang mana jahat.
oleh sebab itu pemerhatian pandangan orang lain adalah penting.
mungkin si dia pernah mainkan perasaan orang lain
tapi anda tak tahu tentangnya.
namun orang sekelilingnya tahu perkembangannya.

selepas mengambil tahu hal hal sekelilingnya
anda haruslah bertanya padanya dan menyuruh dia menjawabnya dengan sejujur jujurnya.
lihat pada riak mukanya dan matanya
jika mengelabah saja menjawab sambil tertawa dan melarikan pandangan mata
ertinya si dia sememangnya melakukan perkara itu.

jika dia tenang sambil memandang anda,
ertinya si dia sememangnya ikhlas untuk mengenali diri anda.


5) take ur time to judge them!

sehari dua hari tak bermaksud anda sudah kenal dia sepenuhnya.
dan ada juga yang menyatakan 3 tahun adalah paling lama untuk mengenali si mereka.
tetapi masa menentukan sama ada si dia benar benar suka atau tidak dengan anda.

Saturday, September 4, 2010

first entri-surat layang

oleh sebab belog ini masih tak ramai yang tahu

dan belum ada yang berikan soalan

cik tomyam decide nak guna soalan

yang diberikan oleh unknown (tidak dikenali identitinya)

sebelum belog ini dicipta.

jum kita jengah soalan nya :)






















ceita panjang jela tapi motif nya hanya nak tanya apa kita akan buat jika kita dapat surat layang dari orang yang kita tak kenal.

haha. well kat atas tu dah terang terang nyata dan jelas
si cik tomyam ni dari dulu tak pernah dapat surat layang.
mungkin sebab muka baik kot.
tak baek ke cik tomyam ni?

if kalau ada surat cinta kot.

itu pon terkira dalam surat layang jugak ke?

=.=''

tapi kalau cik tomyam dapat betul2

first thing yang cik tomyam harus buat adalah;

1- sabar bila dapat surat layang.maybe ada yang nak kenakan kita.
(sabar separuh dari iman bukan aiman.haha)

2- think positive

3- dont do anything harsh or rush. u might get hurt

4- surat layang tu anda simpan untuk jadik bukti if something really happens.

5- luahkan kepada kawan rapat anda. who knows? he or she mungkin tahu siapa yang bagi surat layang tu kepada anda.






pembuka bicara

assalamualaikum kepada semua readers

actually cik tomyam terfikir satu idea menarik

ketika hasilkan belog tanya macam macam ni.

berdasarkan FORMSPRING yang sedia ada

kenapa kita biarkan ia berlapuk tanpa sebab?

jika ada sebarang kemusykilan dan masalah

sila tanya saya selaku pencipta belog ini

terima kasih :)