soalan yang ditujukan akan menjadi topik entri akan datang. :)

Followers

 yang hidup

Tuesday, September 7, 2010

second entry-kenali mereka


pesakit kedua sudah mai. dan soalan unknown yang kedua adalah macam mana nak kenal si dia betul betul.

pesakit ni cakap macam mana nak kenal hati si mereka yang jatuh cinta dengan kita walaupun
mereka ungkapkan melalui surat mahupun message atau pelbagai cara mereka luahkan.
entah ia atau tidak meh lerh sama2 baca pandangan cik tomyam dengan teliti:

anda seharusnya


1) first impression: bad or good?


cinta dalam surat atau message tak dapat menjaminkan apa apa melainkan anda bertemu dengannya.
lebih baik elakkan diri dari menggunakan surat dan message.
cara yang paling baik adalah,berjumpa.
bila pertama kali kita melihatnya dan pertama kali berjumpa dengannya jangan beri tanggapan yang buruk dan jangan pula beri tanggapan yang baik.
pada saat itu kita kena maintain dengan tanggapan yang biasa biasa.
jika dia seorang yang pemalu pada awalnya, maksudnya dia malu tapi mahu
(hahaha.da macam lagu pulak).
tetapi jika dia tiba tiba peramah dan bercerita tak tentu hala dan ingin berpelukan dan berpegangan tangan.
toksah la melekat dek oiii.sah sah buruk perangai kan?macam nak mainkan kita je.


2) tengok attitude mereka


kalau dah dia malu malu, maksudnya dia ingin anda yang memulakan perbicaraan dulu.
dia sukakan anda tapi dia malu untuk mulakan dahulu jika anda tak beri respon dalam perjumpaan itu.
kalau anda asyik berhubung melalui handphone atau surat apa kata anda cuba ber ym, webcam ataupun jumpa sesama sendiri.
yang penting anda harus la mengatakan hasrat nak berjumpa dengannya.
jika dia mahu, maksudnya dia memang ingin anda yang mengajaknya dulu.
tetapi jika anda mengajak dia keluar tapi dia terlalu kerap memberi alasan, maksudnya
anda mendapat respon yang negatif dan dia ingin kenal anda sebagai teman biasa atau teman alam maya.
tak semestinya lelaki yang mulakan dulu. perempuan pun boleh juga.
jika mereka bersikap acuh tak acuh, elakkan diri anda dengan si dia.


3) bertanya pada teman teman mereka

setiap kali masalah mesti ada kait mengait pasal kawan. betul kan?
kawan rapat adalah tempat mereka akan luahkan perasaan especially pasal boyfriend and girlfriend.
mereka akan luahkan pada kawan untuk simpan rahsia.
itupun kalau kawan baiknya itu sememangnya seorang yang baik.

anda harus tanya pada kawannya adakah betul ataupun tidak dia serius dalam perhubungan ini ataupun
tidak.
jika tidak, awas!
jika benar, mulakan langkah untuk mengenalinya.


4)teliti pada sekeliling kita

orang sekeliling akan menghakimi diri kita.
yang mana buruk atau yang mana jahat.
oleh sebab itu pemerhatian pandangan orang lain adalah penting.
mungkin si dia pernah mainkan perasaan orang lain
tapi anda tak tahu tentangnya.
namun orang sekelilingnya tahu perkembangannya.

selepas mengambil tahu hal hal sekelilingnya
anda haruslah bertanya padanya dan menyuruh dia menjawabnya dengan sejujur jujurnya.
lihat pada riak mukanya dan matanya
jika mengelabah saja menjawab sambil tertawa dan melarikan pandangan mata
ertinya si dia sememangnya melakukan perkara itu.

jika dia tenang sambil memandang anda,
ertinya si dia sememangnya ikhlas untuk mengenali diri anda.


5) take ur time to judge them!

sehari dua hari tak bermaksud anda sudah kenal dia sepenuhnya.
dan ada juga yang menyatakan 3 tahun adalah paling lama untuk mengenali si mereka.
tetapi masa menentukan sama ada si dia benar benar suka atau tidak dengan anda.

No comments:

Post a Comment